Assalamualaikum semua. uols sihat ke idok? kak girl biasa aje girl girl semua. nari kan coti, so iols xde keje la nak dok menaip story. maaf ye atas kesalahan tatabahasa kak girl. kak girl cincai concai je uols. motip utama nak share story jek. harap uols enjoy la ye tulisan kak girl.
to all pretty woman out there, wah fefeling cakap omputih la pulak kan !mula la kak girl nak berceloteh . uols penah jadi student kolej? universiti? whatever la kan yang ada kena mengena ngan student life. amacam best tak jadi student? seronok kan. enjoy je walauuuuupun sangkak.com !hahahaha..nak ke sana sini nak makan sedap mesti tunggu duit pinjaman kan uols. tak mo tipu..hihihihi. ala kak girl pun sama dek non, penah merasa.
nak share sikit story throwback kak girl sekitar awal 2008. kak girl dulu salah seorang student dekat salah satu institusi pengajian di Melaka. wahh first time jauh dari mak bapak kemain lagi kan menngeletis kak girl. gituuuu!
student life ni best, tapi if mission belajar tu kadang jauh tersasar ,uols boleh kelaut betul tak? well jangan nak salahkan orang, sendiri yang pilih kan nak jadi apa.macam kak girl, penah la jadi ahli night club almost the whole week. hari-hari gi clubbing kecuali hari senin. sebab apa hari senin? sebab isnin tutup uols. kalau tak, muka hakak ni je lah yang menghiasi ruang club tu. bukan ke sepatutnya muka kita ni menghiasi ruang Masjid? lebih baik dan berkat wahhh gituuu. well, tu lah namanya khilaf atau pengalaman ye dak?tu pada kak girl la ye. uols jangan terasa tau. heehehe
kak kolej kak girl dikatakan fofuler , tapi kak girl biasa je. nama panggilan manja kak girl di kalangan kengkawan time tu adalah mak hayam. wahhh. nama panggilan je okay, bukan betul2! dah lamaa nama tu sebenarnya. since kak girl secondary. entah la kenapa. redha jek lah. hahaha. mungkin kak girl suka dijadikan ketua oleh kawan2 lain, tu yang jadi mak hayam tu. kannnnn. siot la kengkawan kak girl ni kan. tapi takpelah, nama tu la buat orang kak girl sampai bila2. bila reunion class atau tetiba dok ada group whatsapp baru bila jumpa kawan lama, bila mention mak hayam diorang kenal la. tak payah kak girl nak intro bagai bagi ingatan diorang pulih. feeeling ke idok? hahahaha
berbalik kepada tajuk asal kita, sepanjang keremajaan kak girl, (sekarang pun ala-ala remaja jugak) banyak benda kak girl buat. enjoy dengan setiap saat yang kak girl hadap. banyak benda yang kak girl belajar dalam setiap kegagalan, setiap kesedihan dan setiap segala sudut lah tentang kehidupan. kalau dulu motto hidup, life is short, enjoy to the max, tapi skang kalau tak bertukar, memang haru sesat hidup kak girl. hahaha. sekarang Alhamdulillah. dah ada kerjaya bagus, focus pada career, bahagiakan parents, and yang penting jangan tinggal atau jauh dari DIA. yang sentiasa perhatikan kita. so apa pulak story uols masa jadi student dulu? cer share sket, cer share.
No comments:
Post a Comment